Close
(0) items
You have no items in your shopping cart.
All Categories
    Filters
    Preferences
    Search

    About us

     

               

    Annurshop merupakan inisiatif dari Waqaf An-Nur Corporation Berhad, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk menguruskan harta yang diwakafkan oleh  Johor Corporation dibawah produk usahawan Waqaf An-Nur dalam membantu memasarkan produk usahawan daripada golongan sasaran. Pembelian secara pukal digalakkan untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukannya seperti fakir miskin, anak yatim,orang tua ,tahfiz dan juga kepada masjid. Produk produk yang dijual di Annurshop merupakan produk dibawah usahawan Waqaf An-Nur yang merupakan peniaga dari usahawan mikro, ibu tunggal, golongan kurang upaya serta  golongan B40 yang mempunyai kegigihan untuk meniaga disamping membantu mencari sumber pendapatan.

     Annurshop membantu usahawan yang tidak terhad di Johor Bahru sahaja yang mempunyai minat dan keinginan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran yang lebih luas  yang boleh meringan beban mereka untuk menampung kehidupan mereka. Annurshop menawarkan pelbagai produk yang dijual oleh pelbagai vendor yang mendaftar sebagai penjual di Annurshop.com.my. Setiap pembelian amat bermakna kepada usahawan di annurshop.com.my kerana ia mampu meringankan beban mereka untuk menampung kehidupan mereka.

    Marilah lah sama-sama membeli sambil beramal dan disinil lah peluang yang terbentang luas untuk melakukan amal.  Semoga kita sentiasa dirahmati atas pertolongan yang diberi.